http://1.bp.blogspot.com/_c8gC2gWp7cY/RwkwlVhExqI/AAAAAAAAAEg/yyqJgJPBvI0/s1600-h/Copy+of+rty.jpg Demografi Pembangunan

Friday, October 26, 2007

Sunday, October 7, 2007

DIARY - " Program Kerja Lapangan Di Kota Tinggi, Johor."

Pada tarikh 1 Ogos 2007, saya telah mengikuti satu program kerja lapangan di Kota Tinggi di bawah khusus Demografi & Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kerja lapangan adalah untuk meninjau mengenai perubahan dan kesan Banjir yang baru melanda Kota Tinggi pada banjir yang lepas.
Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai peristiwa banjir di Kota Tinggi :

Peristiwa Banjir Besar Kota Tinggi

Banjir Gelombang Pertama Bermula 19 Disember 2006

Banjir Gelombang Pertama Bermula 19 Disember 2006

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Berikut adalah maklumat mengenai tentatif program kerja lapangan ini ;

Sabtu : 01 OGOS 2007
08.00 :- Berkumpul di Foyer FSSK
08.30 :- Bertolak ke Kota Tinggi
02.00 :- Sampai di Kota Tinggi / check-in Hotel
03.00 :- Menjalankan kerja lapangan
06.00 :- Tamat sesi pertama kerja lapangan
07.00 :- Rehat dan solat
08.00 :- Aktiviti bebas / perbincangan kumpulan

Ahad : 02 OGOS 2007
09.00 :- Menjalankan kerja lapangan
02.00 :- Tamat sesi kedua kerja lapangan
03.00 :- Beriadah di kawasan terkenal di Kota Tinggi
07.00 :- Berangkat pulang
08.00 :- Aktiviti bebas / perbincangan kumpulan
11.00 :- Pulang ke Hotel.

Isnin : 03 OGOS 2007
09.00 :- Menjalankan kajian lapangan ( di bandar Kota Tinggi
12.00 :- Check-out Hotel
01.00 :- Menjalankan kerja lapangan bagi yang belum selesai
04.00 :- Pulang ke UKM





RM260 Juta Bagi Pulih Infrastruktur Rosak Akibat Banjir Di Johor


Pada 9 Mac 2007, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan satu peruntukan besar sebanyak RM260 juta untuk pemulihan infrastruktur yang rosak akibat banjir di Segamat, Johor.

Projek pemulihan infrastruktur termasuk parit, saliran dan sungai itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, katanya mengenai kerosakan teruk yang dialami akibat banjir besar yang melanda Johor pada bulan Disember tahun lepas dan Januari lepas.

Segamat adalah antara daerah yang terawal dan teruk dilanda banjir pada 19 Dis lepas namun tidak seperti Kota Tinggi, Segamat terselamat daripada gelombang kedua banjir yang melanda tidak sampai sebulan kemudian.

Namun kerosakan jelas kelihatan terutamanya di Sungai Muar yang mengalir di tengah-tengah bandar Segamat yang sampai hari ini masih tidak kelihatan sebarang usaha memperbaiki kerosakan itu.

Mengenai cadangan menaik taraf jalan Tangkak-Segamat daripada dua lorong kepada empat lorong yang telah dikecualikan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan dan kerajaan persekutuan bersetuju mengkaji semula cadangan itu.

Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya untuk mendapatkan peruntukan RM10 juta untuk mereka bentuk jalan Tangkak-Segamat.






Friday, September 21, 2007

:: Pembangunan Infrastruktur ::







Penubuhan Kementerian.

Di Malaysia, sebuah Kementerian Pembangunan Infrastruktur telah ditubuhkan untuk menjana pembangunan negeri dan menerajui pembangunan infrastruktur. Saya melihat, dengan tertubuhnya kementerian ini maka dapat lah kerajaan melaksanakan segala projek yang telah diamanahkan kepada jabatan / agensi yang terlibat dan disiapkan mengikut spesifikasi dalam tempoh yang telah ditetapkan beserta dengan penggunaan kos yang berpatutan mengikut saluran kerajaan.

Kementerian ini seharusnya diiktiraf oleh semua pihak kerana mempunyai kepakaran, kemahiran dan keupayaan dalam semua bidang tugas yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan projek-projek pembangunan tersebut.

Oleh itu, langkah mengadakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang sesuai dengan keperluan semasa dan unjuran akan datang serta memastikan keselesaan dan keselamatan dalam penggunaannya oleh masyarakat.


Objektif yang dapat dilihat selepas penubuhan kementerian ini adalah ;
  • dapat merumus, merancang serta melaksanakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam khususnya seperti jalan, bekalan air, bangunan, perkhidmatan keretapi, pelabuhan dan pelabuhan dermaga untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negeri terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.
  • wujud proses untuk menyelenggara, membaiki mutu dan meningkatkan taraf infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada.

Oleh demikian,dasar-dasar perangkaan berikut dapat dilihat seperti:
  1. meningkatkan lagi pembangunan ekonomi dan sosial melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti awam.
  2. memastikan infrastruktur yang dilaksanakan dan disediakan benar-benar memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.
  3. memastikan semua bandar utama dan juga pekan-pekan kecil akan dapat dihubungkan dengan rangkaian jalanraya yang bertaraf jalan Jabatan Kerja Raya ( JKR Standard ).
  4. memastikan bahawa semua golongan masyarakat di bandar-bandar besar dan kecil dibekalkan dengan bekalan air bersih yang secukupnya.
  5. keperluan awam dipenuhi dengan penyediaan secukupnya utiliti awam seperti bangunan, perparitan, pembetungan najis dan pelabuhan serta dermaga.

Oleh demikian, wujud suatu komitmen di dalam
mempertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti projek-projek pembangunan infrastruktur serta kemudahan-kemudahan awam negeri agar seimbang, sesuai dan selaras dengan keperluan pembangunan industri dan perkembangan ekonomi yang berkembang pesat menuju ke arah wawasan 2020.


" Demografi & Pembangunan "



Demografi dan Pembangunan menguraikan pertalian antara perubahan pada ciri-ciri dan struktur kependudukan dengan proses pembangunan yang berlaku dalam sejarah masyarakat. Ini akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal penduduk yang menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan terhadap peranan-peranan kerajaan, masyarakat dan institusi kekeluargaan selari dengan arus pembangunan.

Berlandaskan teoritis, Demografi & Pembangunan adalah meneliti pembangunan penduduk di negara maju ( NM ) dan membandingkannya dengan pencapaian pembangunan yang diterima oleh penduduk di negara sedang membangun ( NSM ). Merujuk kepada peredaran masa dan ruang, perbincangan juga bertumpu kepada memahami bagaimana strategi yang diambil oleh NSM untuk merancang dan melaksanakan perancangan penduduk dalam mencapai pembangunan mapan.